"Do not treat others the way you don't want to be treated."
Bagus kan prinsip tu.
Tapi cuma nak tambah sikit.
Dalam berpegang dengan prinsip itu perlulah dimasukkan niat ikhlas.
Ikhlas buat macam tu sebab benda tu baik, buat benda tu sebab benda tu adalah "the right thing to do".
Bila dah niat macam tu insyaAllah senang je kita nak buat.
Takde lah timbul buah-buah fikiran seperti,
"aku dah buat baik kat kau, kenapa kau jahat sangat lagi dengan aku?!"
"kau ni tak nampak ke selama ni aku dah buat baik?!"
Tak perlulah kita harap apa-apa balasan daripada orang itu ye.
Ya mungkin sebab memang orang itu tak nampak pun.
Mungkin sebab benda tu kecik sangat ataupun memang halimunan pun.
Tapi takpe lah.
Kita bukan nak buat baik sebab nak tunjuk kat orang pun.
Tapi nak tau tak siapa yang nampak?
Allah nampak.
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"
(99:7)
Plus, kita memang tak patut harap apa-apa daripada manusia pun.
Hanya berharap, hanya bergantung pada Allah sahaja.
Wallahualam.